6 September 2012-Pada sebelah tengahari, majlis penutup program Mahabbah diantara pelajar SM Imtiaz Kuala Berang dengan wakil pelajar daripada SM Sains Setiu dan juga daripada SM Sains Sultan Mahmud diadakan. Semua pelajar tingkatan empat terlibat dengan majlis ini. Sebahagian guru-guru turut hadir meraikan tetamu yang telah berkampung bersama-sama pelajar imtiaz selama 5 hari. Kedatangan mereka di sekolah ini bermula Ahad lalu ialah untuk merasai sendiri pengalaman belajar dan menghafaz al-quran di bumi imtiaz yang penuh berkat ini. Semoga kepulangan mereka ke sekolah asal masing-masing membawa seribu kenangan indah dan ikatan ukhwah yang berpanjangan. Insyaallah.

 


 

Last Updated (Sunday, 09 September 2012 23:50)