TUAN PENGETUA suzaiki bin ali

PENGETUA

 

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK IMTIAZ KUALA BERANG

Ingatlah”

Jangan sekali-kali merasa angkuh dan sombong dengan

keupayaan yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita.

Hendaklah sentiasa ingat bahawa, sehebat-hebat manusia,

hebat lagi  Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T.

Jangan sekali-kali memandang rendah kepada orang lain.

Sesungguhnya mereka juga mempunyai kehebatan dan

harga diri yang mungkin tidak disedari.

Jangan sekali-kali memperkecil dan memperolokkan

orang lain,

Kerana …………

Sesungguhnya mereka juga mempunyai maruah dan

martabat diri, selesa dan jangan mudah merasa puas hati

kerana kecemerlangan tiada titik henti.

Jangan mudah merasa kecewa, kerana orang sebegini

tergolong  dalam mereka yang tidak bersyukur ke hadrat Allah S.W.T.

Oleh itu…..

Jadilah anak-anak yang baik, soleh dan pintar yang patuh kepada ajaran agama islam, kedua ibu bapa dan  guru.

Jadilah anak-anak yang rajin belajar, agar kejayaan gemilang dapat digenggam.

Jadilah  anak-anak yang hafaz 30 juzuk A-Quran, agar menjadi generasi gemilang

Al-Quran.

Jadilah anak-anak yang berdisiplin, sopan dan berbudi bahasa, agar menjadi ikutan dan teladan

Berilah nama yang baik kepada sekolah dan keluarga, dengan menjadi anak yang cemerlang, gemilang dan terbilang, yang mempunyai cirri-ciri Quranik, Ensaiklopedik dan Ijtihadik yang bakal menjadi ………………………… Genarasi Ulul Albab

 

 

Last Updated (Wednesday, 27 April 2016 12:45)