KATA – KATA ALUAN
PENGETUA SMIYTKB

Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang untuk mengabdikan kata –  kata di      dalam laman sesawang rasmi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam  pewujudan laman sesawang ini.

Sekolah sebagai institusi pendidikan berperanan untuk membangunkan dan mengembangkan potensi pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu memiliki potensi yang tersendiri. Potensi yang menjadi anugerah tuhan ini boleh dibangunkan dan dikembangkan ke tahap maksimum melalui program-program kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh pihak sekolah. Oleh itu, setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian yang aktif dalam setiap program yang disediakan oleh guru agar potensi pelajar yang dimiliki dapat dimaksimumkan dan dapat membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Pewujudan laman sesawang ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang bertujuan untuk mendokumentasikan seluruh kegiatan perjalanan sekolah sepanjang tahun. Laman sesawang ini juga merupakan dokumen yang berharga pada masa-masa mendatang untuk melihat dan mengungkap kembali kemajuan-kemajuan serta perkembangan-perkembangan yang telah dicapai oleh sekolah ini.

Akhir kalam ,saya mendoakan semoga kita terus berjaya dalam semua lapangan dan laman sesawang terus menjadi bahan dokumentasi yang unggul sebagai pemacu kegemilangan pelajar .

Sekian , terima kasih.

 

(ENCIK MOHD SUZAIKI BIN ALI)

PENGETUA SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA BERANG

Last Updated (Tuesday, 24 May 2016 11:17)