Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
PENGUMUMAN

~Perhatian Semua Pelajar~

Pelajar boleh login FROG VLE menggunakan pautan di bawah

I

I

I

I

V

 

Login Form
Gallery

Selamat Datang Ke Laman Web Imtiaz K.Berang

Pada 18hb Januari 2012 (Rabu), satu majlis pelancaran Program Mentor Mentee dan Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) diadakan di dewan terbuka IMTIAZ Kuala Berang jam 3.30 petang. Majlis yang dirasmikan oleh tuan pengetua disambut baik oleh semua guru dan pelajar. Di dalam majlis ini juga, Tuan Pengetua menyerahkan kumpulan-kumpulan Mentee kepada Mentor masing-masing. Perjumpaan Mentor-Mentee ini akan diadakan pada hari ahad setiap dua minggu sekali. Semoga program yang dirancang ini dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya demi membentuk sahsiah unggul pelajar.

 

Pada 8hb Januari (Ahad) yang lalu, seramai 68 orang pelajar terpilih menjadi pelajar Tingkatan Satu SM IMTIAZ Kuala Berang bagi Sesi 2012. Proses pendaftaran yang bermula jam 8.00 pagi menerima seramai 28 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan. Pelajar yang terpilih ini telah mencapai pencapaian 5A di dalam UPSR dan berjaya dalam temuduga khas imtiaz yang berlangsung pada 12 Disember 2011. Pelajar yang telah mendaftarkan diri ditempat di asrama dan kelas yang disediakan dan terus mengikuti Program Jalinan Kasih Tingkatan 1 yang disediakan oleh pihak HEM dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Diharapkan semua pelajar baru dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan menengah yang baru dan terus menunjukkan kecemerlangan diri di sini.

 

Sesi persekolahan bagi tahun 2012 bagi tingkatan 2, 3,4 dan 5 dimulakan dengan Program Pemantapan Kualaiti Diri. Program Yang dijalankan di Dewan Makan SMIKB dianjurkan oleh pihak HEM dan Unit Bimbingan Kaunseling diadakan pada sebelah petang dan malam. Objektif progam ini ialah:

 

  • memberi pendedahan dan kemahiran belajar kepada pelajar dalam menguruskan diri dan menetapkan matlamat
  • membinasikap kendiri yang positif
  • menyampaikan maklumat yang terkini tentang peraturan sekolah dan asrama
  • mewujudkan situasi yang mesra dan penyayang
  • membina rasa bertanggungjawab meningkatkan potensi diri dalam kalangan pelajar
 

SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ KUALA BERANG TELAH MEMPEROLEH GRED PURATA SEKOLAH (GPS) 1.09 BAGI KEPUTUSAN PMR 2011. KEJAYAAN INI DISUMBANGKAN OLEH 53.62 % ORANG PELAJAR MENCAPAI 9A DAN 34.78% ORANG PELAJAR MENCAPAI 8A SETERUSNYA MELETAKKAN SM IMTIAZ KUALA BERANG DI TANGGA KE ENAM ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH NEGERI TERENGGANU. SELAIN ITU, TERDAPAT EMPAT SUBJEK YANG MENCAPAI 100% SEMUA GRED A PADA TAHUN INI IAITU BAHASA MELAYU, SAINS, GEOGRAFI DAN KEMAHIRAN HIDUP. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR PMR 2011.

Last Updated (Tuesday, 21 February 2012 00:23)

Read more...

 
APLIKASI ONLINE
PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday104
mod_vvisit_counterYesterday144
mod_vvisit_counterThis week104
mod_vvisit_counterLast week1208
mod_vvisit_counterThis month3017
mod_vvisit_counterLast month7633
mod_vvisit_counterAll days394767

We have: 41 guests online
Your IP: 54.91.171.137
 , 
Today: Dec 17, 2017
Who's Online
We have 41 guests online