Joomla TemplatesWeb HostingFree Money
PENGUMUMAN

~Perhatian Semua Pelajar~

Pelajar boleh login FROG VLE menggunakan pautan di bawah

I

I

I

I

V

 

Login Form
Gallery

Selamat Datang Ke Laman Web Imtiaz K.Berang

21 Mac 2012 (Rabu): Tuan Pengetua SM Imtiaz Kuala Berang di dalam majlis penyerahan keputusan SPM 2011 pagi tadi mengumumkan SM Imtiaz Kuala Berang memperoleh GPS 2.18 dan berada di tangga ke- 6 di Negeri Terengganu. Kejayaan ini disumbangkan oleh 100 % lulus semua mata pelajaran, peningkatan GPMP banyak mata pelajaran. dan kecemerlangan seramai 9 orang pelajar telah mendapat keputusan kesemua  A dalam 11 mata pelajaran. YB Dato' Rosol Bin Wahid, ADUN Ajil dan Pengerusi PIBG  telah hadir ke majlis untuk meyerahkan keputusan SPM cemerlang ini kepada semua calon. Tahniah diucapkan kepada semua calon 2011, guru-guru dan seluruh warga Imtiaz Kuala Berang yang menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Berikut merupakan 9 orang pelajar cemerlang SPM 2011yang mendapat semua 11 A:

 

  1. Tuan Nur Aisah Tuan Fuzai
  2. Nurul Qaniah Zainuddin
  3. Nur Dini Izzati Mohd Putera
  4. Muhammad Firdaus Hamzah
  5. Asmaa' Majdan
  6. Nur Rasyidah Kamal
  7. NurHidayati Zaim
  8. Muhammad Ilyas Zahid
  9. Muhammad Zahid Aziz

 

Last Updated (Monday, 09 April 2012 08:42)

 

 

6 Mac (SELASA) : Rombongan barisan pengerusan SM Imtiaz Kuala berang seramai 20 orang yang diketuai oleh Tuan Pengetua, En. Mohd Yusuf  bin Othman ke SM Imtiaz Kuala Terengganu adalah bertujuan untuk melihat sistem pengurusan Sekolah serta ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sekolah ini yang telah diikhtiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pihak pengurusan SM Imtiaz Kuala Terengganu yang diketuai oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah bersama Penolong Kanan serta Setiausaha Sekolah telah menyambut dengan penuh kemesraan rombongan dari Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang pada jam 9.15 pagi.

Rombongan tersebut telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat oleh Penolong Kanan HEM Tuan haji Ahmad Ridhuan bin Abd. Ghani dan bilik galeri Sekolah. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak SM Imtiaz Kuala Terengganu di atas perkongsian pintar ini.

 

Last Updated (Friday, 09 March 2012 08:06)

 

16 Feb (Khamis): Dato' Hj Rosol Bin Wahid telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Genggam Gemilang PMR dan SPM 2012 yang diadakan di Dewan Terbuka SM imtiaz K.Berang. Beliau juga melancarkan gimik Pelancaran Projek dan menyematkan "Button Batch" kepada calon-calon PMR dan SPM pada tahun ini.Majlis juga telah menyampaikan tanda penghargaan kepada guru-guru PMR 2011 atas kejayaan PMR 2011. Majlis berakhir dengan bacaan ikrar guru dan pelajar untuk melakukan yang terbaik demi kecemerlangan sekolah.

Last Updated (Thursday, 23 February 2012 12:40)

 

SM imtiaz Kuala Berang telah terpilih menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan Memanah  peringkat MSSM D Hulu Terengganu pada 11-12 Feb 2012. Berikut merupakan keputusan bagi kejohanan tersebut. Tahniah kepada yang berjaya.

Kategori Lelaki 18: Johan- SM IMTIAZ

Kategori Lelaki 15: Johan- SM IMTIAZ

Kategori Perempuan 18: Johan- SM SAINS HULU TRG

Kategori Perempuan 15: Johan- SM IMTIAZ

Last Updated (Saturday, 03 March 2012 23:56)

 

Kuala Berang (18 Feb 2012): 100 orang pelajar lelaki SM imtiaz Kuala Berang telah muncul juara perarakan bagi kategori sekolah menengah dan juara kesuruhan di dalam perarakan sambutan maulidur rasul peringkat daerah Hulu Terengganu. Perarakan yang bermula dari padang Kg. Butut, Kuala Berang dan berakhir di Padang Astaka Bandar Kuala Berang. Pelbagai sekolah dan agensi luar turut menyertai perarakan ini dan memeriahkan sambutan Maulidur Rasul. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar dan guru yang menjayakan perarakan ini.

Last Updated (Wednesday, 22 February 2012 23:21)

 
APLIKASI ONLINE
PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday41
mod_vvisit_counterYesterday61
mod_vvisit_counterThis week176
mod_vvisit_counterLast week565
mod_vvisit_counterThis month1243
mod_vvisit_counterLast month5287
mod_vvisit_counterAll days414798

We have: 18 guests, 1 members online
Your IP: 18.212.93.234
 , 
Today: Dec 17, 2018
Who's Online
We have 18 guests and 1 member online